Posts

Showing posts from 2018

MAKANAN TRADISIONAL TERENGGANU

Image
Assalamualaikum wbt.. Okey awok mung, kakok2, abang2, adik2, kali ni ambe nk share makanang hok sohor di Tranung ni. Ade hok bese dengor, ade jugok hok dop rajin dengor lasom... Mane-mane hok kaki makang (food hunter ) tu mmg dokleh nok lebong ar, mesti tau blake... Meh ambe nok kossi 6 makanang tradisional hok sohor di negeri Terengganu.. 1. KEROPOK LEKOR Gambar ehsan Lekor Master Kalu gi Tranung dok makang keropok lekor memang rugi ar awok mung.. Gi makang nge saing2, anok beranok di keda bira pata pulok, memang syahdu ar org kolupo kate... 2. NASI DAGANG Gambar ehsan Nasi Dagang Selekoh Kg. Gong Pak Jin Acu tengok gular ikang aye dlm gambo tu, dok seliur agi ke awok mung. Kalu org Tranung, ni la saloh satu sarapang pagi sebelum gi khije... Rela gi jembe cerok kapung mane2 pong asalkang buleh kene hok ning pagi-pagi...  3. NASI LEMAK (Sambal Ikan Aye) Gambar ehsan kakziehomestay Kalu awok mung mari Tranung makang nasik lemok ay...

SEJARAH TERENGGANU MENDAPAT NAMA

Image
Secara umumnya, sejarah sebenar mengenai bagaimana Terengganu ini mendapat namanya tidaklah begitu jelas. Namun, terdapat pelbagai kisah menarik yang boleh dikaitkan dengan penemuan kawasan dan nama Terengganu ini. Apa yang pasti, nama Terengganu yang ada kini adalah kekal sejak kali pertama ia diberi, berbeza dengan negeri-negeri lain seperti Pahang yang berasal daripada nama Inderapura. Antara kisah dan peristiwa menarik yang dikaitkan dengan penemuan nama Terengganu ialah: 1. Taring anu Kisah ini dikatakan diketahui daripada Al-Marhum Sultan Umar, iaitu Sultan yang kesembilan memerintah negeri Terengganu, pada sekitar tahun 1839 hingga tahun 1876. Berdasarkan kisah baginda, pada zaman dahulu, sebelum kawasan tersebut dikenali dengan nama Terengganu, terdapat satu rombongan daripada negeri Pahang datang mengembara ke bahagian Hulu Terengganu, bertujuan untuk memburu. Setibanya rombongan tersebut ke Sungai Terengganu Mati, salah seorang daripada mereka menemui sebatang tar...

PETA NEGERI TERENGGANU

Image
Peta Negeri Terengganu

SENARAI MENTERI BESAR TERENGGANU

Image
1925 : Dato' Seri Amar Di-Raja Ngah Muhamad bin Yusof 1940 : Tengku Seri Setia Raja Tengku Omar bin Othman 1942 : Dato' Jaksa Perkasa Da Omar bin Mahmud 1945 : Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad bin Almarhum Sultan Ahmad 1949 : Dato' Perdana Menteri Di-Raja Dato' Seri Setia Raja Kamaruddin bin Idris 1959 : Mohd Daud bin Abdul Samad (PAS) 1961 : Tan Sri Ibrahim Fikri bin Mohammad (PERIKATAN) 1970 : Dato' Mahmud bin Sulaiman (PERIKATAN) 1971 : Dato' Nik Hasan bin Wan Abdul Rahman (PERIKATAN) 1974 : Dato' Seri Amar Di-Raja Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad (BN) 1999 : Dato' Seri Abdul Hadi Awang (PAS) 2004 : Dato Seri Idris Jusoh (BN) 2008 : Dato Seri Ahmad Said (BN) 2014 : Dato Seri Ahmad Razif bin Haji Abdul Rahman (BN) 2018 Terkini : Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar (PAS) Yang Amat Berhormat Prof. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar (Menteri Besar Terengganu ke-15) Lihat juga profil Dr. Sam

BENDERA NEGERI TERENGGANU

Image
Bendera negeri Terengganu Darul Iman Latar belakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M (Duli Yang Maha Mulia) Sultan Terengganu. Ia melingkari tanah hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama rasmi negeri Terengganu. Jata negeri Terengganu Darul Iman Bulan dan bintang menunjukkan simbol agama Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Diraja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri . Manakala kitab di sebelah kanannya ialah al-Quran melambangkan Agama Islam, agama rasmi negeri. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula menandakan keadilan dan Wali menandakan Alatan Istiadat Kebesaran

SENARAI SULTAN NEGERI TERENGGANU

Image
1725–1733: Zainal Abidin I 1733–1793: Mansur Shah I 1793–1808: Zainal Abidin II 1808–1830: Ahmad Shah I 1830–1831: Abdul Rahman (1831: Omar Riayat Shah dan Mansur Shah II) 1831–1837: Mansur Shah II 1837–1839: Muhammad Shah I 1839–1876: Omar Riayat Shah 1876-1877: Mahmud Mustafa Shah 1876–1881: Ahmad Muadzam Shah II 1881–1918: Zainal Abidin III 1918–1920: Muhammad Shah II 1920–1942: Sulaiman Badrul Alam Shah 1942–1945: Ali Shah 1945–1979: Ismail Nasiruddin Shah 1979–1998: Mahmud al-Muktafi Billah Shah 1998–sekarang:  Mizan Zainal Abidi n Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Permaisuri : Tuanku Sultanah Nur Zahirah Yang Di-Pertuan Muda : Tengku Muhammad Ismail

MAKSUD LOGO TERENGGANU MAJU, BERKAT & SEJAHTERA

Image
Hitam / Putih : Warna bendera negeri Terengganu Bulan / Bintang : Lambang bendera negeri Terengganu Hijau : Warna universal Islam Bangunan : Lambang kemajuan duniawi Masjid : Lambang pembangunan modal insan Pokok : Negeri pesisir pantai Corak batik : Seni warisan Terengganu Logo bentuk bulat : Pemuafakatan, persefahaman dan kerjasama

LAGU KEBESARAN NEGERI TERENGGANU

Image
Lagu Selamat Sultan 1927  Lagu Kebesaran Negeri Terengganu atau "Lagu Selamat Sultan"  yang digunakan hingga masa kini digubah pada tahun 1927, semasa pemerintahan  Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Penggubahnya ialah Cikgu Mohd Hashim bin Abu Bakar ,  peranakan Singapura yang semasa itu menjadi seorang guru di  Sekolah Melayu Paya Bunga Kuala Terengganu .  Beliau juga seorang guru  Pancaragam Pasukan Pengakap Sultan Sulaiman . Lagu ini telah disusun oleh beliau bagi menjunjung titah perintah  Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.  Setelah gubahan lagu itu siap, ia telah dipersembahkan dan diperdengarkan kepada  Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan. Baginda telah mengapuni berkenan menerima lagu itu  dan ia dijadikan ‘ Lagu Selamat Sultan ’. Susunan senikata lagu asal adalah seperti berikut; "Allah Peliharakan Raja Kam...